|| BOYS ||



facebook

twitter

fanfiction

tumblr

Follow | Dashboard
TITLE; TITLE; AKU Tahu Bila Cinta Sejati Akan Hadir
Thursday 30 May 2013 | 03:07 | 0 Like purple like me

Cinta sejati,semua yang bercinta pasti mengharapkan hadirnya cinta yang tulus ikhlas. Meraka ingin bersama 24 jam sehari semalam . Namun,ia bukan mudah untuk mengenali insan yang berpotensi menghadiahi cinta sejati untuk anda. Ada yang suka bermuka-muka,suka bercinta tapi curang,suka bercinta tapi cinta yang kosong . Bagi meraka yang diambat perasaan sayang dan kasih ,cinta sejati mungkin akan hadir apabila kita menerima si dia dengan seadanya atau sebaliknya. 
Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia, namun akhirnya bersama dengan orang lain. Cinta sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita  rasa sukar untuk meneruskan hidup. Jika anda miskin, anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. Jika anda kaya, anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak.
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal. Setiap manusia mempunyai keiginan mereka yang tersendiri. Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati. Di sebabkan itu, apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda, anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja.
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura – pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat. Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri. Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal. Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa.
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba – tiba, janganlah anda  menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati. Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua. Akhir sekali, cinta sejati adalah cinta yang spontan.
BY : KIMI .


Old post | New post